Friday, April 4, 2014
Black Sheep
The best thing about being the black sheep is when you always think about others but others forget about you and hey you still end up being the bad person.
Friday, March 28, 2014
Hahaha
Masuk office awal-awal pagi dah ada hiburan.
“Akk x join dot dot dot wat fx ker? Ker akk x der wit byk cam
dot dot dot n da x mewah cam dulu2 huhuhu.”
Hahaha…memang aku tak banyak duit. Ada pun setakat cukup-cukup
nak hidup. Hidup mewah tak termasuk dalam wish list dan sejak dulu tak pernah
hidup mewah pun. Biarlah hidup sederhana asalkan semuanya berkat. Jangan
sesekali ambil sesuatu yang bukan hak kita dan berikan hak kepada yang berhak. InsyaAllah
rezeki tidak putus.
Ramai yang sering melupakan hak orang lain terutamanya dalam
bab berhutang. Apabila ditimpa kesusahan kita tidak segan silu meminta. Namun
apabila tiba masa membayarnya kita tidak ada rasa malu apabila tidak berbuat
demikian. Pelbagai alasan diberi malah ada yang menghilangkan diri. Pada masa
ini, kita jadi manusia yang mementingkan diri sendiri. Kita hanya memikirkan
cara untuk meneruskan kehidupan kita dan melupakan mereka yang pernah membantu
kita sebelum ini. Apabila semua keperluan sudah dipenuhi tidak salah jika mahu
memuaskan kehendak pula. Tapi fikirkanlah, yang mana lebih penting antara
memuaskan kehendak atau membayar hutang? Hutang wajib dibayar walaupun tidak
dituntut. Malah adalah lebih afdal melangsaikan hutang peribadi terlebih dahulu
berbanding dengan menggunakan wang yang ada sebagai modal perniagaan (yang tujuannya
adalah untuk menggandakan wang demi membayar hutang).
[https://www.facebook.com/ezazwealth/posts/624240170948779] Kalau
separuh-separuh macam mana? Separuh untuk bayar hutang separuh lagi untuk modal
berniaga. Elok juga tapi janganlah sampai nisbahnya 10:90 sehingga mengambil
masa yang terlalu lama untuk melangsaikan hutang. Namun semuanya bergantung pada
individu bagaimana menguruskan kewangan masing-masing. Aku bukan expert. Nanti
ada yang salah faham entry ini ialah entry ‘sumpah aku tau’ atau entry minta
hutang. J
Berbalik kepada pertanyaan di atas, adalah lebih baik untuk
tidak menjawabnya. Yang pastinya itu bukan soal perlu ada duit banyak atau
tidak. Bak kata kawan aku yang sudah dikira otai – Small capital with a
continuous perfect entry is just nice & a good beginning. Kalau tak faham
apa aku merapu ni, pergi lah belajar. J
Itu cerita pasal duit. Aku juga rasa terpanggil untuk
menyentuh tentang satu lagi aset tapi aset ini tidak boleh diperdagangkan. Aset
yang bernama MASA. Time is a rare luxury which can never be purchased at any
cost. The greatest gift you can give someone is your time. Because when you
give your time, you are giving a portion of your life that you will never get
back. Aku tak punya banyak duit atau harta untuk dikongsi dengan manusia di
luar sana tetapi aku ada masa. Aku cuba pastikan aku dapat meluangkan masa untuk
sesiapa sahaja yang memerlukan atau yang meminta. Tapi aku jarang-jarang
membuang masa untuk manusia sengal yang lifeless. J Kadang-kadang aku terasa hati apabila ada yang
memberikan alasan sibuk dan tiada masa apabila aku memerlukan mereka. Disebabkan
mereka sibuk, aku jadi takut untuk membazirkan masa mereka sedangkan mereka
tidak pernah rasa bersalah mengambil masa aku. I always there for them. Hei,
kawan! Sibukkah kamu sehingga tiada masa bertanya khabar tetapi setiap 10 minit
memuat naik gambar di Instagram. Sibukkah kamu mengejar ‘deadline’ kerja walhal
setiap jam pasti ternampak kelibat kamu di FB menerusi ‘comment’ & ‘like’. To
me there is no such thing like busy. It’s all about priorities. You are not
busy but your priorities are something or someone else. If you care you will
make time and busy is not a word to be used at any time.
Masa sibukku sudah tamat. Let’s go home! J
Monday, September 24, 2012
Sunday, September 23, 2012
Friday, September 14, 2012
Saturday, September 1, 2012
Friday, August 31, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)