“Why are you being resistant?”
Aku bingung seketika.
“You don’t know how to appreciate people when they are
trying to help you.”
Tidak susah untuk mengetahui
dari mana datangnya andaian itu. Mudahnya mereka menghukum. Perlukah aku ungkit
cerita yang melukakan itu? Cerita yang isinya
adalah air mata yang aku simpan dan kulitnya aku lukiskan senyuman. Cerita yang
menjadi punca aku berjauh hati dalam diam.
Mungkin dia terlupa untuk beralas semasa mengatur kata. Mungkin
dia sekadar terlepas bicara dan tiada niat pun untuk melukakan hati ini. Namun
apakan daya, kerana kata-kata itu aku meminta diri lebih awal dan menangis
sepanjang perjalanan pulang.
Katakanlah apa-apa saja yang kalian mahu. Aku menjauh kerana
tidak mahu terus terluka.
No comments:
Post a Comment