Friday, June 29, 2012

I'm Being Resistant?



“Why are you being resistant?”
Aku bingung seketika.
“You don’t know how to appreciate people when they are trying to help you.”
Tidak susah untuk  mengetahui dari mana datangnya andaian itu. Mudahnya mereka menghukum. Perlukah aku ungkit cerita yang melukakan itu?  Cerita yang isinya adalah air mata yang aku simpan dan kulitnya aku lukiskan senyuman. Cerita yang menjadi punca aku berjauh hati dalam diam.
Mungkin dia terlupa untuk beralas semasa mengatur kata. Mungkin dia sekadar terlepas bicara dan tiada niat pun untuk melukakan hati ini. Namun apakan daya, kerana kata-kata itu aku meminta diri lebih awal dan menangis sepanjang perjalanan pulang.
Katakanlah apa-apa saja yang kalian mahu. Aku menjauh kerana tidak mahu terus terluka.