Tuesday, April 8, 2008

Corat-coret...

Dah lama tak update blog ni. Disebabkan aku ada beberapa blog kadang-kadang terlupa yang mana satu aku tak update. Nampaknya aku kena pilih salah satu dan fokus.

Dalam seminggu dua ni banyak suka duka. Itulah hidup. Bittersweet...

Alhamdulillah bulan ni ada rezeki lebih. Thanks boss. I'll keep up my good work (kononnya la...). Seronoknya dapat shopping sakan di KLIBF. Setakat hari ni aku dah 2 kali ke sana dan aku dah beli 16 buah novel!!! I'll be in my own world untill I finished all the novels. Masih ada masa sehingga hujung minggu ni untuk tambah koleksi. Itu pun kalau sempat. Aku plan nak tambah English collections. Ada banyak best seller yang beberapa kali aku angkat letak tapi tak jadi beli sebab rambang mata. Kali ni sempat jumpa John dan Kak Su di JS. Thanks Khairyn for the cute card from Glassgow. Teringin nak jumpa Imaen (yang muda 3 tahun 15 hari dari Brad Pitt...) tapi nampaknya buat masa sekarang dia lebih suka jumpa di alam maya.

2 minggu lepas semasa di PD aku terima kejutan. "Saya sayang awak lagi..." Kalau setahun dulu aku terima SMS macam ni mungkin aku menangis gembira. Itu yang aku impikan. Itu yang aku harapkan. Tapi sekarang aku sendiri tak pasti dengan perasaan aku. Keliru antara cinta, kasih dan sayang. Aku terkedu dan termenung panjang dengan 'syarat' yang diberikan. Mampukah aku? Terasa amat berat. Mungkin cinta hadir ketika hatiku telah tertutup. Sudahnya aku hanya nokhtahkan dengan 'let it be'. Keadaan masih seperti dahulu cuma lebih baik (agaknya lah). Sesekali berSMS (kadang-kadang dia tak reply). Kalau ada kelapangan berYM (dengan ayat ringkas dan dia tiba-tiba boleh hilang). As at now still no call. Nak dating jauh sekali. Aneh? Pelik? Benar...itu cara yang aku dan dia pilih...

Petang semalam ada lagi satu kejutan. Tapi cuma kejutan kecil. Mungkin lelaki yang satu ini juga baru keluar dari 'gua'nya (nak tau maksud 'gua' (cave) ni baca MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS). Dengan lelaki ini juga aku memilih untuk tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. Tiada lagi yang kuharapkan. Tiada lagi yang kuimpikan.

Semalam aku jumpa Azmir. Tak lama tapi cukup untuk aku legakan otak seketika. Setiap kali dia ajak jumpa aku jarang cakap 'tak boleh'. Walaupun kami lebih banyak bersembang pasal kerja tapi aku seronok bersembang dengan dia. He always has the right words to cheer me up. I know him for 8 years now & he is one of my best buddy. Pukul 10 malam aku dah sampai rumah. Aku sambung baca HARUM CHEMPAKA (NB) berselang dengan DI ATAS SAJADAH CINTA (Habiburrahman El-Shirazy).








Hujung minggu ni InsyaAllah ada reunion di Alang Sedayu, Gombak. Dalam masa yang sama LRC di Tanjung Piai. Aku dah confirm nak join reunion. Sejak kebelakangan ni, aku jarang ikut serta aktiviti team, baik meeting mahupun lepak dan sembang-sembang. Kesihatan tak mengizinkan. Mungkin juga sebab dalam hati ni tersimpan sesuatu yang sukar ditafsirkan. Sedih...terluka...kecewa... (yang buatkan aku makin sakit). Aku bukan menghukum mereka dengan meminggirkan diri (dengan kata lain tak memberikan komitmen). Bukan merajuk untuk meminta perhatian. I just need some times to be back on track. Seperti kata Micheal J. Losier - It's OK to be selfish when you understand that being selfish is simply an act of self-care. Aku rasa aku tidak boleh lagi paksa diri aku melakukan sesuatu yang aku tak mahu. Aku bukan tak biasa lakukan sesuatu yang aku tak mahu tapi natijahnya hanya aku dan Tuhan yang tahu.






No comments: