Wednesday, April 8, 2009

Why Don’t We Take Life as Completing Each Other Instead of Competing Each Other

Why must I listen to this sort of talking? Why care about my PV and where does my money goes? Yeark…I hate this. But this is life, anyway. Let it be.
Aku dah penat nak cakap benda yang sama. Faham atau tak faham, terpulanglah. Aku hanya tahu tentang hidup aku. Tentang hidup orang lain aku hanya tahu apa yang diberitahu dan dari apa yang aku lihat. Mungkin apa yang aku tahu dan aku lihat itu bukan hidup mereka yang sebenarnya. Well, that is their life, not mine.
Dari dulu lagi, aku suka mengatakan hidup manusia ini saling melengkapi. Saling melengkapi tidak bermaksud sempurna tetapi mampu mengubah dunia kalau kena caranya. Ada beberapa perkara yang boleh dicari persamaannya untuk menjadikannya sempurna tetapi aku percaya keunikan dan perbezaanlah yang sebenarnya saling melengkapi untuk menjadikannya sempurna. Sempurna dalam erti kata saling melengkapi. Kalau dicari kesempurnaan yang total tentu tak akan ditemui. Hanya Dia Yang Maha Sempurna.

Hidup ini semakin indah sekiranya kita saling melengkapi bukannya saling mengatasi. Hidup ini besar ertinya sekiranya kita benar-benar bertanggungjawab terhadap hidup kita. Hidup ini bukan untuk disia-siakan. Justeru…

Aku mahu terus menyayangi walaupun dibenci.
Aku mahu terus mengasihi walaupun dicaci maki.
Aku mahu terus mengambil berat walaupun tak dipeduli.
Aku mahu terus senyum dan ketawa walaupun masih ada duka tersembunyi.
Aku mahu teruskan hidup walaupun mati itu pasti.
Kenapa berhenti menyayangi hanya kerana seorang manusia yang tamak dan dengki?
Kenapa berhenti mengasihi hanya kerana seorang manusia yang tidak boleh dipercayai?
Kenapa berhenti mengambil berat hanya kerana seorang manusia yang tidak tahu menghargai?
Kenapa berhenti senyum dan ketawa hanya kerana seorang manusia yang dalam hatinya penuh keji?
Kenapa berhenti hidup sebelum sampai waktu yang dijanji?

Tuhan…aku mohon agar hati ini sentiasa dipenuhi kasih dan sayang…

No comments: