Friday, March 28, 2014

Hahaha

Masuk office awal-awal pagi dah ada hiburan.

Akk x join dot dot dot wat fx ker? Ker akk x der wit byk cam dot dot dot n da x mewah cam dulu2 huhuhu.”

Hahaha…memang aku tak banyak duit. Ada pun setakat cukup-cukup nak hidup. Hidup mewah tak termasuk dalam wish list dan sejak dulu tak pernah hidup mewah pun. Biarlah hidup sederhana asalkan semuanya berkat. Jangan sesekali ambil sesuatu yang bukan hak kita dan berikan hak kepada yang berhak. InsyaAllah rezeki tidak putus.

Ramai yang sering melupakan hak orang lain terutamanya dalam bab berhutang. Apabila ditimpa kesusahan kita tidak segan silu meminta. Namun apabila tiba masa membayarnya kita tidak ada rasa malu apabila tidak berbuat demikian. Pelbagai alasan diberi malah ada yang menghilangkan diri. Pada masa ini, kita jadi manusia yang mementingkan diri sendiri. Kita hanya memikirkan cara untuk meneruskan kehidupan kita dan melupakan mereka yang pernah membantu kita sebelum ini. Apabila semua keperluan sudah dipenuhi tidak salah jika mahu memuaskan kehendak pula. Tapi fikirkanlah, yang mana lebih penting antara memuaskan kehendak atau membayar hutang? Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Malah adalah lebih afdal melangsaikan hutang peribadi terlebih dahulu berbanding dengan menggunakan wang yang ada sebagai modal perniagaan (yang tujuannya adalah untuk menggandakan wang demi membayar hutang). [https://www.facebook.com/ezazwealth/posts/624240170948779] Kalau separuh-separuh macam mana? Separuh untuk bayar hutang separuh lagi untuk modal berniaga. Elok juga tapi janganlah sampai nisbahnya 10:90 sehingga mengambil masa yang terlalu lama untuk melangsaikan hutang. Namun semuanya bergantung pada individu bagaimana menguruskan kewangan masing-masing. Aku bukan expert. Nanti ada yang salah faham entry ini ialah entry ‘sumpah aku tau’ atau entry minta hutang. J

Berbalik kepada pertanyaan di atas, adalah lebih baik untuk tidak menjawabnya. Yang pastinya itu bukan soal perlu ada duit banyak atau tidak. Bak kata kawan aku yang sudah dikira otai – Small capital with a continuous perfect entry is just nice & a good beginning. Kalau tak faham apa aku merapu ni, pergi lah belajar. J

Itu cerita pasal duit. Aku juga rasa terpanggil untuk menyentuh tentang satu lagi aset tapi aset ini tidak boleh diperdagangkan. Aset yang bernama MASA. Time is a rare luxury which can never be purchased at any cost. The greatest gift you can give someone is your time. Because when you give your time, you are giving a portion of your life that you will never get back. Aku tak punya banyak duit atau harta untuk dikongsi dengan manusia di luar sana tetapi aku ada masa. Aku cuba pastikan aku dapat meluangkan masa untuk sesiapa sahaja yang memerlukan atau yang meminta. Tapi aku jarang-jarang membuang masa untuk manusia sengal yang lifeless. J  Kadang-kadang aku terasa hati apabila ada yang memberikan alasan sibuk dan tiada masa apabila aku memerlukan mereka. Disebabkan mereka sibuk, aku jadi takut untuk membazirkan masa mereka sedangkan mereka tidak pernah rasa bersalah mengambil masa aku. I always there for them. Hei, kawan! Sibukkah kamu sehingga tiada masa bertanya khabar tetapi setiap 10 minit memuat naik gambar di Instagram. Sibukkah kamu mengejar ‘deadline’ kerja walhal setiap jam pasti ternampak kelibat kamu di FB menerusi ‘comment’ & ‘like’. To me there is no such thing like busy. It’s all about priorities. You are not busy but your priorities are something or someone else. If you care you will make time and busy is not a word to be used at any time.


Masa sibukku sudah tamat. Let’s go home! J

No comments: