Saturday, July 18, 2009

Hari Ke-7...

Hari ini hari terakhir untuk mengutip ‘dana’. Alhamdulillah, walaupun tak sebanyak mana tapi aku berjaya juga melunaskan ‘declaration’ dan hasilnya aku akan titipkan untuk kegunaan adik-adik di DR. Yang pastinya aku tak akan berhenti di sini. InsyaAllah aku akan teruskan setakat yang boleh. Hari ini juga aku diberitahu duit yang aku ‘laburkan’ di AW tidak boleh dipindahkan apalagi dikembalikan. Nilainya cukup untuk membiayai 2 sesi treatment. Bukan aku tidak boleh ‘reschedule’ untuk membolehkan aku mendapatkan semula nilainya namun sememangnya aku tak mampu melakukannya dalam masa 6 bulan ini atas pelbagai sebab. Tak mengapalah, ada rezeki InsyaAllah aku akan dapat lebih daripada itu asalkan aku berusaha. Bukan sahaja duit tapi pelajaran tentang hidup dan kehidupan juga ada di mana-mana asalkan aku mahu belajar.
Minggu ini juga aku ‘dipaksa’ menjalani treatment yang seolah menjadi rutin untuk memastikan aku ‘direhatkan’ sejenak sebelum meneruskan perjalanan. Rehat yang kadang kala menyakitkan dan menyerap tenaga yang ada. This is the time when I need someone badly just to comfort me and tell me everything will be fine. This is the time when a simple word such as 'how are you?', 'take care' and 'I love you' mean a lot. Yeah... I hardly got both but it's fine, then. Without them I'm still alive, anyway. Aku tahu betapa rapuhnya kekuatan aku. Aku tahu apa yang mampu ‘membunuh’ diriku sebelum sampai masanya. Aku juga tahu, sedikit kesilapan saja bakal mengundang padah. Aku sebenarnya sudah putus asa untuk berkongsi rasa tentang semua itu. Sejak peristiwa 4 Julai dan beberapa hari selepasnya, aku pasrah. Semangat aku untuk berjuang meneruskan hidup tidak pernah luntur namun mungkin inilah takdir untuk aku. Tuhan tentukan tugas aku di dunia ini untuk menjadi pendengar dan bukan untuk didengar. I’m proud to say that I make a different by being a listener. Guys... I’m willing to listen to whatever you want to say although you only listen to what you want to listen. Walau apapun, aku masih ada Tuhan Yang Maha Mendengar. Nisan kaku itu juga sentiasa ada untuk mendengar pabila tidak ada manusia lain yang mahu mendengar. Keep breathing and keep moving.
Aku sentiasa berdoa agar Tuhan terus beri aku kekuatan. Aku juga sentiasa berdoa agar Tuhan pelihara kasih sayang yang ada di hati ini. Walau sebanyak mana air mata aku mengalir kerana terluka dan berjauh hati namun biarlah kasih sayang aku untuk kalian terus kekal hingga ke mati. I love you because I love you and not because of other reasons.

No comments: