Sunday, July 12, 2009

Rasa Itu Kubiar Sepi...



Dah lama aku tak ‘merantau’ jauh sambil bersantai menikmati indahnya alam ciptaan Tuhan seperti hari ini. Kalau tak disebabkan ‘weekly declaration’ mungkin aku masih menangguhkannya atau aku langsung melupakannya. Kadang-kadang kehendak dan impian yang begitu mudah pun perlukan penggalak dan pemangkin untuk merealisasikannya. Tak terfikir untuk ‘just do it’. Terlalu banyak halangan dan kekurangan yang diambil kira sehingga tenaga habis terkuras di situ.
Setelah menamatkan ‘Basic’ dan kemudian ber’Advanced’ hanya untuk sehari aku memilih untuk meneruskannya dengan ‘LP’ aku sendiri. I’m challenging myself. Aku mulakannya pada 1 Julai tanpa ‘sekretariat dan prosedur'. Yang ada hanya aku dan deklarasiku… :-)
Permulaan yang agak baik tetapi pada hari keempat aku diuji dengan berita yang menggugat kekuatan diri. Aku hampir putus asa apabila aku gagal mendapatkan sokongan. I was only longing for an ear and I couldn’t get it. Dan beberapa hari berikutnya, keadaan makin meruncing dengan pelbagai peristiwa yang menjeruk rasa dan mengocak jiwa. Aku terasa ingin menokhtahkan semuanya. Dalam masa yang sama, aku lemas 'dijaga' sebegitu rupa juga terdera dengan ‘analisis’ kelemahan dan kegagalan diri sendiri sedangkan pada ketika itu yang aku amat perlukan ialah udara untuk terus bernafas. Dek kerana lemas dan tidak mampu mengawal diri, jasad aku yang menjadi mangsa. Namun aku tidak sesekali menyalahkan sesiapa atas apa yang terjadi. Aku tidak ingin mengungkit apa-apa. It was me.
Aku sebenarnya boleh menerima setiap yang diperkatakan kerana lewat beberapa tahun ini, kata-kata sedemikian menjadi salah satu suntikan semangat yang menguatkan aku untuk meneruskan perjalanan hidup. Kata-kata itu kadang kala kedengaran agak keras tetapi mampu membuat aku melihat kehidupan ini dari sudut yang berbeza. Cuma, ada masanya aku perlukan pengertian lebih daripada segala-galanya. Pengertian yang sering disalahertikan sebagai aku mahukan perhatian.
Berkali-kali aku jatuh dan bangun semula. Aku sering merasakan aku tak mampu bangun semula hanya kerana aku kecewa dengan manusia di sekeliling aku. But, this is my life. I say that again and again to myself. And I did what works for me. Aku kunjungi pusara itu buat kesekian kalinya. Aku luahkan semua yang terpendam. Tiada suara memujuk atau tangan yang membelai tetapi aku rasa puas kerana saat itu aku hanya perlukan telinga untuk mendengar walaupun yang mendengar itu hanyalah sepasang nisan kaku. Kemudian, aku teruskan langkah mengunjungi mereka yang memerlukan aku. Di sini aku bukan sahaja rasa diperlukan tetapi bersama mereka mengingatkan aku tentang deklarasi yang sejak beberapa hari lalu terabai. Bersama mereka juga mengingatkan aku tentang impian aku untuk dunia ini. Spread the love.
Dua “A” yang ada di hadapan mataku sekarang adalah antara platform untuk aku merealisasikan impian aku. Dua 'method' yang berbeza tetapi ada beberapa persamaan. Kedua-duanya punya ‘mechanic’ tersendiri. Aku boleh saja memilih kedua-duanya. Namun aku sedar, pilihan aku tidak terhad pada dua pilihan ini sahaja. Masih banyak pilihan yang ada. Apa pun pilihan aku, setiap daripadanya ada harga yang perlu dibayar. Again, I need to choose what works for me.
Hari ini, aku di sini melakar satu lagi warna pada kanvas kehidupan. Rajuk masih bersisa. Hati masih terusik. Tetapi rasa itu kubiar sepi kerana tidak ada yang mengerti. Sampai masanya, rajuk dan hati ini akan terubat sendiri. Perjalanan hidup perlu diteruskan dan masih banyak impian yang menunggu masa untuk direalisasikan…

No comments: