Sunday, September 13, 2009

Catatan Ramadan

Seakan luluh jiwa ini mendengar khabar itu,
air mata menderu-deru,
hati bagai ditusuk sembilu.
Walau apapun terjadi masih tebal rasa hormatku,
untuk kalian yang bergelar isteri dan ibu.

Meski gelar seperti kalian belum kuraih,
aku mohon jangan diri ini dipersenda dan disisih,
hadir aku jauh sekali untuk mengocak yang jernih,
tetapi sekadar menumpang kasih.

Tuhan...rajuk masih bergelora,
sakit luka masih terasa,
namun hanya kesabaran dan kekuatan yang aku pinta,
mohon aku berlapang dada,
moga mampu memberi kebaikan kepada mereka.
Yang sedih pedih sedaya kulupa,
kuyakin di hujung gelap ada cahaya.
Aku mohon agar hati ini terjaga,
daripada rasa benci dan dendam yang tercela.

Aku hanya ingin membawa kenangan indah bersama,
mengukir bahagia selagi masa masih bersisa.
Buat kalian aku titipkan doa,
hidup sejahtera dilimpahi rahmat-Nya,
jua ucapan maaf dan terima kasih untuk segala-gala.

*Catatan selepas mengetahui peristiwa yang berlaku di sebalik majlis berbuka puasa 17 Ramadan.

No comments: