Monday, June 1, 2009

Mengertilah

Aku sudah jarang sekali menyebut dan bercerita tentang sesuatu yang menyakitkan, namun aku masih menahan hiba dalam diam, menangis keseorangan.
Luahan ini bukan mencari kesilapan, bukan juga meminta belaian.
Cuma kadang kala aku merasa dipinggirkan. Ibarat hidup aku bagai tak punya erti melainkan tatkala aku diperlukan.
Tuhan…betapa aku rasa kehilangan.
Betapa aku menyedari mahalnya harga secebis ingatan, mahalnya harga satu pertanyaan.
Lalu, aku mencari ketenangan berteleku di perkuburan yang sekian lama aku tinggalkan.
Aku bukan sekadar ada hidup yang aku teruskan untuk mencari dan mencapai apa yang aku mahukan. Aku juga punya hati dan perasaan.
Aku bukan sekadar ada telinga dan bahu untuk dipinjamkan. Aku juga mahu disayangi dan diberi perhatian.
Meskipun aku tabah menghadapi ujian dan cabaran, namun aku juga perlu kekuatan dan sokongan untuk mengharungi kehidupan.
Aku bukan sekadar memohon dari-Mu, Tuhan
Tapi aku juga mohon pengertian...

No comments: