Wednesday, March 25, 2009

Cerita Lama Yang Baru...

Aku masih ditanya soalan yang sama, tentang orang yang sama. “Why should you back him up after what he has done to you?” Kadang kala aku tidak faham, mengapa orang lain masih menyimpan marah terhadap dia sedangkan aku sendiri tidak pernah terfikir untuk memanjangkannya. Aku mempunyai banyak sebab untuk membenci dia. Bukan sedikit air mata aku mengalir kerana dia. Bukan sekali dua dia melukakan hati aku dan membuat aku sedih. Tetapi kenapa aku masih sayangkan dia? Sayang aku tidak pernah berubah sedikit pun. Selama mengenali dia, banyak kebaikan dia yang boleh aku senaraikan. Lebih dari cukup untuk membuatkan aku sayangkan dia. Dan sekarang serasa aku, senarai kebaikan itu telah berkurang. Namun aku tetap sayang dia seperti dulu kerana aku sayang dia bukan kerana senarai kebaikannya itu. Aku sayang dia sebab aku sayang dia. Bukan hanya dia. Aku juga sayang orang lain atas sebab yang sama.
Sebagai manusia yang punya perasaan, aku rasa sedih mendengar tuduhan, caci maki dan kata-kata tidak enak yang dilemparkan kepada aku. Aku pernah mendengarnya suatu masa dahulu. Aku sangka ianya sudah berakhir. Namun beberapa hari yang lepas, aku mendengar rentetan cerita yang membawa kepada pertanyaan “Why should you back him up after what he has done to you?” Ada rasa sangsi. Adakah itu sekadar cerita rekaan seorang anak yang ingin memburukkan aku di mata orang lain atau memang benar itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut dia yang aku anggap insan paling penting dalam hidup aku. Itu sebahagian lagi cerita lama yang baru sampai ke telinga aku. Cerita yang mengundang air mata dan sebak di dada. Biarlah. Yang berlalu, biarkan berlalu, Mungkin mengambil masa untuk dilupakan tetapi aku ikhlas memaafkan. Aku tidak pernah merasakan aku menyayangi orang yang salah. Aku juga tidak pernah menyesal menyayangi sesiapa. Sayang aku untuk dia dan mereka masih ada, masih tidak luak sedikit pun. Apa yang terjadi tidak pernah membuatkan aku membenci dan berhenti memberi support kepada dia atau sesiapa jua. Hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan benci dan dendam tetapi akan lebih indah seandainya dipenuhi kasih sayang.
I know that I’m physically weak but deep inside me I’m stronger day by day. I wrote in my previous entry that when nobody gives a damn when I’m crying I’d better start laughing. They may not want to lend me a shoulder to cry on but they can have mine. They can have my ears though. Do I really have time for others, care for them and love them? I do, InsyaAllah. No matter what, I should respect other people’s life especially regarding what they want, their intention and their choice. I may support them but I have no right to change them. Yeah…this is so called the ‘mantra’ which I recite every time I look into the mirror.
The good old days are left behind. I should understand that although people (including me) don’t change but in some way they change. I can’t expect everything will remain the same although I wish many things remain as they are. Anyway, I just hope that I will not take anyone and anything for granted. One thing for sure, love is not love until you give it away…

No comments: