Thursday, March 5, 2009

Kerana Aku Sakit

Mahu santai makan-makan dan minum-minum, kenapa aku tak diajak?
Kerana aku sakit dan perlu berehat

Mahu jumpa bincang-bincang tentang bisnes, kenapa aku tak diajak?
Kerana aku tak berminat dengan bisnes
Kalau mahu santai, pasti aku diajak
Tapi kenapa aku tetap tak diajak?
Oh ya…kerana aku sakit dan perlu berehat

Mahu jumpa berkumpul orang baru & orang lama, kenapa aku tak diajak?
Kerana aku sibuk
Oh ya…aku sibuk berehat di rumah kerana aku sakit walhal tiada siapa yang mengajak
Bila aku mengungkit kenapa aku tak diajak
Jawabnya setiap kali mahu jumpa mestikah diberitahu dan diajak seluruh dunia?
Oh...tiada lagi alasan kerana aku sakit

Perjumpaan hujung minggu
Aku pinta pengecualian kerana aku sakit
Ya...tidak mengapa kerana aku memang sakit
Penghabisannya aku dilupakan terus
Bukan kerana aku sakit
Tapi dikatakan kerana aku sendiri yang meminggir
Terasa menyesal memberitahu aku sakit
Kerana sakit ini mengundang sakit yang lebih sengsara

Kerana aku sakit
Ada yang langsung tak peduli
Jangan berharap orang memahami
Tak bertanya khabar sebab tak mahu busy body
Namun ada kesulitan aku juga yang dicari
Ada yang mula ingatkan aku tentang priority
Perlu jaga diri sendiri dan jaga family
Tak lupa perlu dijaga banyak lagi hati
Lalu aku serahkan kepada Rabbul Izzati
Aku ke sana sini risiko tanggung sendiri
Nyawa dipertaruh dan diperjudi
Bukan baru sekarang aku lalui
Tapi sejak aku tahu apa yang aku ingini
Buat apa-apa pun pilihan sendiri
Bertanggungjawab itu yang pasti
Erti hidup pada memberi
Kalau mati itu ketentuan Ilahi
Sakit tak bermakna bataskan diri
Pandai-pandailah membawa diri dan berdikari
Kerana bisnes ini pun milik sendiri
Sakit bukan alasan minta simpati
Yang terlantar dan yang buta pun mampu majukan diri

Kerana aku sakit
Ada yang terlebih peduli
Bimbang aku tak tahu jaga diri
Takut aku terganggu emosi
Mahu aku diam tak berkutik
Mahu aku melapor setiap detik
Agar aku tidak terus sakit

Ya…semuanya kerana aku sakit
Kadang kala aku tertanya-tanya
Sakit ini buat aku kian bermaya
Atau makin tenggelam punca?
Sakit ini menyusahkan siapa
Aku atau mereka?

Kerana sakit ini
Terkadang aku jadi keliru
Antara teman dan seteru
Kerana sakit ini
Ada masanya aku terpaksa merayu
Agar ada yang sudi menyokong dan membantu
Kerana sakit ini
Aku mudah hiba dan sayu
Sebaris ayat pun bisa membuat tangisanku berlagu

Kerana sakit ini
Tuhan anugerahkan kasih abadi
Buat seketika sebelum dia pergi
Kerana sakit ini
Aku temui apa yang dicari
Biar jalan beronak duri
Akan kutempuh menuju destinasi

No comments: